Sunday, 17 April 2011

Kaum Nabi Lut



Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan;
“Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru lelaki”. (Riwayat Imam Bukhari)
Perbuatan tersebut tergolong dalam dosa-dosa besar menurut ulama kerana terdapat laknat Rasulullah ke atasnya. Contoh perbuatan meniru wanita ialah seperti lelaki yang memakai rantai, anting-anting dan gelang, berinai, memakai emas dan sutera, memakai pakaian menyerupai wanita, melembutkan suara dan cara berjalan dan sebagainya lagi dari perlakuan atau gaya yang selalunya ada pada wanita sahaja. Contoh meniru lelaki pula ialah seperti memakai pakaian lelaki, berjalan dan bercakap dengan gaya lelaki dengan perbuatan yang dibuat-buat, mencukur rambut, memakai lilitan kepala yang menyerupai serban dan sebagainya yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki sahaja.

Ibnu ‘Abbas r.a berkata : ‘Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki’. Apabila dalam suatu hadis menyebut perkataan ‘laknat’, ini membawa maksud bahawa perbuatan itu merupakan suatu dosa yang besar.


akibat :sini dan balasan Allah kt sini
Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj dalam bukunya  yang bertajuk Nak Jadi Jadi:
Golongan ini dipanggil split identity atau identiti terbelah. Beliau juga menyatakan bahawa tiada perubahan pada tubuh badan hanya perasaan yang dilayan yang sepatutnya dilawan. Dalam istilah lain dipanggil mengada-ngada. Saranan beliau ialah meletakkan agama sebagai nombor satu kerana sekiranya ada agama, biar apa perasaan yang datang dalam hati, tetap terkawal. Tapi bila jiwa kosong, tak usahkan setakat nak jadi perempuan, sampai nak jadi setan pun ada.
“Tanpa bekalan agama yang benar, manusia menjadi ‘serigala-serigala’ yang memakan sesamanya”(H. J. Naro)
“Oleh itu hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan. Fitrah Allah yang menciptakan manusia bagi menerimanya. Tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya”(Surah Ar-Rum: 30)

Mengapa mereka mencari kasih sayang suami isteri daripada jantina yang sama?, sedangkan Allah telah mewujudkan kasih sayang itu daripada jenis manusia itu sendiri bukannya jantina yang sama. Hal ini jelas dalam firman Allah:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antaramu kasih dan sayang". (Ar-Rum: 21)
kte seharusnya sentiasa ingat dan bersyukur kerana menjadi salah seorang daripada umat Rasulullah.
“Aku mengahwini wanita, memakan daging, aku tidur, bangun(bersolat malam), berpuasa dan berbuka. Siapa yang tidak menyukai sunnahku oleh itu dia bukan daripada umatku.” 
INDIVIDU YANG MENASIHAT TETAPI TIDAK SEMPURNA
Kdg2 ak melihat timbul pertikaian terhadap golongan yang memberi nasihat atau peringatan kepada golongan ini yang sering diperlekehkan seperti perangai bukan baik sgt. Jgn risau kerana tiada satu pun manusia sempurna. Tapi manusia2 ini hendaklah tak pernah putus asa utk memperbaiki diri dan mengajak manusia lain menghambakan diri kpd Allah SWT. Kerana apa? Kerana manusia2 hendaklah yakin akan janji Allah SWT.

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela agama Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Muhammad:7)
Keadaan ini mula mengingatkan ak kpd nasihat kwn yang tugas menasihati adalah tanggungjawab setiap umat Islam bukannya tanggungjawab ustaz dan ustazah sahaja.
“Apabila anda ingin memperkaya kawan anda, jangan memberi wang kepadanya, melainkan ajarilah dia membatasi hawa nafsu”(Seneca)
Tamim bin Aus melaporkan, beliau sendiri pernah mendengar Nabi Muhammad berkata, “Asas agama Islam itu adalah saudara memberi nasihat.” Kami bertanya, “Nasihat berkenaan apa dan bagi siapa?” Nabi Muhammad menjawab, “Nasihat berkenaan Allah, kitab Allah dan utusan Allah, bagi para pemimpin dan setiap orang Islam”

MENGAPA MEREKA TIDAK INGIN MENDENGAR NASIHAT?
Kdg2 ak melihat golongan ini terbahagi kepada 2 golongan iaitu yang sedar akan kesilapan mereka dan berusaha untuk berubah manakala golongan yang satu lagi tetap degil mempertahankan nafsu yang songsang itu. Janganlah merasa setiap nasihat kte itu sia2 kerana Allah telah berfirman:
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat dari Tuhannya lalu dia berpaling daripa­danya dan melupakan apa yang telah diker­jakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka sehingga mereka tidak memahami­nya, dan sumbatan di telinga mereka, dan mes­kipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, nescaya mereka tidak akan menda­pat petunjuk selama-lamanya.” (al-Kahfi: 57).
Ayat-ayat Allah ni dah jelas tentang golongan yang enggan menerima nasihat orang lain. Kdg2 kte sebagai manusia ni slalu ego x nk terima nasihat org lain
“Orang bodoh dan tidak berpendidikan, tidak mempedulikan perbandingan yang baik. Mereka selamanya memutuskan sesuatu sesuai dengan fikirannya sendiri”(William Blake)
INDIVIDU YANG MENYOKONG GOLONGAN SONGSANG INI
Kte akan melihat terdapat segelintir individu yang menyokong golongan ini atas dasar hak asasi manusia tapi mereka hendaklah ingat tentang firman Allah:
“Tolong-menolong kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam membuat dosa dan pelanggaran.” (Surah al-Maidah:2)
 kte juga hendaklah yakin dengan janji Allah sebagaimana dalam hadis nabi:
“Apabila perkara yang cabul berada di kalangan masyarakat dan kemudian Nampak sebagai hal umum dan dipraktikkan secara terbuka, wabak dan penyakit baru yang tidak ada sebelum itu akan berkembang antara mereka.”(Direkodkan oleh ibnu Majah dan Hakim)
Hadis ini dibuktikan oleh Dr. Adi Hashman dalam bukunya yang bertajuk Mengapa Rasullullah Tidak Pernah Sakit yang menyatakan kewujudan penyakit akibat seks pada waktu dahulu seperti syphilis, gonorrhea, chlamidya, pelvic inflammatory disease(PID), lymphogranuloma venerum dan herpes genital yang boleh diatasi dengan antibiotik atau antiviral.

Keadaan ini mulai bertambah teruk dengan kehadiran virus seperti HIV yang mampu menyerang dan melumpuhkan sistem pertahanan tubuh. Namun keadaan ini terdapat perbezaan yang ketara di negara Timur Tengah yang mempunyai pegangan agama yg kuat yang mengalami insiden HIV yang sangat rendah berbanding dengan negara-negara barat yang sekular melalui artikel dalam British Medical Journal (BMJ) 2006, berjudul “HIV In The Middle East”.

 Setiap ciptaan Allah itu ada petunjuk2  yang hanya boleh diperolehi oleh org2 yang berfikir.Wallahualam
“Pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda(kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal. (iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata), ‘Wahai Tuhan Kami! Tidaklah engkau menjadikan semuanya ini dengan sia-sia, maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”(Surah Al-Imran:190-191)

Segala peringatan daripada Allah adalah untuk kebaikan untuk kte sendiri agar tidak melanggar laranganNya
“Sesiapa berpaling daripada peringatanku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami kelak menghimpunkan mereka pada hari kiamat dalam keadaan buta”(Surah Taha:124)
dan sentiasa memohon taubat.
“Dan mereka tidak menyembah sesuatu yang lain selain Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan kecuali di atas jalan yang hak dan tidak pula berzina; barang siapa melakukan perkara yang ditegah akan mendapat balasan dosanya. Akan digandakan baginya azab seksa di hari kiamat dan kekal di dalam azab dengan penuh kehinaan. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik maka Allah menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah itu Tuhan pengampun lagi mengasihani.” (Surah al-Furqan ayat 68 hingga 70).
P/S: sebenarnye isu yg lme dh ak dh perhatikan bnde ni dlm 10 thun sejak ak form 1 lg. Ak teringat mse dlm usrah mse kt sekolah dlu, salah seorg junior pernah tnye psal problem ni. Dari dlu lg, ak lbey suka melihat golongan ni n memahami tingkah laku mereka. Kdg2 mereka ni lbey pompuan drpd pompuan asli kalo pondan dan lbey lelaki drpd lelaki asli kalo bohsia. Mereka juga akan menunjukkan kelebihan mereka kdg2 mereka terlupa bahawa tindakan mereka membawa kepada cacian orang ramai
“HIDAYAH 2 MILIK ALLAH, BUKANNYA MILIK AK, KORG, USTAZ, USTAZAH DAN SESIAPA LG YG BERGELAR MANUSIA TAPI KTE KNE INGT BLE HIDAYAH ITU MILIK ALLAH, BLE2 JE ALLAH BLEY HALANG HIDAYAH 2 DRPD SMPAI KT DLM HTI KTE DAN KTE KNE INGAT ALLAH ADALAH SEBAIK2 PEMBERI PENGAJARAN.” Wallahuallam..

No comments:

Post a Comment