Wednesday, 3 August 2011

Angin Ahmar


Baru-baru ini keluarga aku ditimpa ujian allah iaitu ayah diserang strok. Alhamdulillah 2 minggu lepas kejadian tersebut, ayah dibenarkan keluar hospital walaupun pada awalnya doktor menjangka peluang untuk hidup hanya sekitar 50-50. Doctor ada menyarankan supaya dibenarkan  untuk melakukan pembedahan untuk mengeluarkan darah dalam kepala namun setelah berbincang sesama ahli keluarga dan mendapat nasihat dari pakar bedah di HKL, kami sepakat dengan tidak membenarkan. 

Ketika itu juga, aku bersyukur kerana diberi peluang untuk melihat kekuasaan Allah. Walaupun kita selalu membaca tentang kekuasaan Allah tetapi pengalaman merasai kekuasaanNya adalah sesuatu perkara yang berbeza. Setelah keluar dari hospital, ayah mendapatkan rawatan di Darul Syifa’. Sekali lagi aku diberi kesempatan untuk melihat kehebatan ayat-ayat Allah. Pada mulanya,ayah memerlukan bantuan orang lain untuk berdiri tetapi setelah dibacakan ayat penawar oleh seorang pengamal perubatan Islam tersebut, ayah terus boleh berjalan. 

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana diberi peluang melihat kekuasaan Allah. Aku menyarankan kepada sesiapa yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap Angin Ahmar agar sentiasa yakin dengan kekuasaan Allah dan elakkan mendapat rawatan bomoh yang membawa kepada syirik terhadap Allah seterusnya mengundang kemurkaanNya. Coretan ini bukan  bertujuan untuk menggalakkan anda untuk tidak mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan seperti di hospital tetapi hanyalah sebagai rawatan alternatif. 

2 comments: