Tuesday, 27 March 2012

Mahasiswa dan robot


Mahasiswa masih tidak matang!
Mahasiswa belum cukup ilmu pasal politik!
Mahasiswa tidak tahu bersyukur!
Mahasiswa mudah terpengaruh dengan emosi dan idealism

Ayat2 diatas sering kedengaran apabila timbul sesuatu isu berkaitan dengan tindakan agresif mahasiswa dijalanan seperti demonstrasi. Aku tidak berminat untuk mengulas mengenai komen manusia terbabit kerana bagi aku komen tersebut hanya layak diluahkan oleh pelajar sekolah rendah. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan aku tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Bagi menjawab komen manusia primitive ini, aku sertakan satu kajian ilmiah yang bertajuk   GERAKAN MAHASISWA DIUNIVERSITI MALAYA 1970-1986  oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias mengenai sejarah gerakan mahasiswa yang suatu masa dahulu pernah mencoret sejarah Negara. Kajian ini bukan untuk manusia yang malas membaca dan fanatic kerana sebanyak mana pandangan yang aku bagi, satu pun tidak akan masuk dalam kepala anda. kajian ini membuat kita berfikir adakah komen-komen tersebut masih relevan dengan mengambil contoh terhadap apa yang berlaku dalam linkungan masa sekitar 1970-1986
“Sukar untuk memahamkan si miskin tentang kemiskinan bikinan dengan kemiskinan alamiah. Bagi sang miskin, miskin apa pun, mereka tetap lapar, melarat dan hina”. Dr.Muhaimin Sulam
Individu yang terbabit dalam gerakan mahasiswa, kebanyakannya masih hidup dan mencorakkan politik tanah air pada masa kini. Aku ingin menarik mata dan telinga anda kepada suatu pandangan bahawa golongan ini banyak dipengaruhi oleh idea liberalism, sosialisme dan yang terbaru adalah ada yang menjadi alat gerakan syiah. Aku tidak ingin menghurai mengenai apa itu syiah kerana tulisan ini bukan tertumpu kepada bahaya fahaman ini. Aku setuju dengan pendapat bahawa idea-idea ini adalah salah satu ancaman kepada Islam tetapi apa yang aku ingin bertanya kepada kalian adakah selama ini kita berada dalam pemerintahan bercorak Islam sepenuhnya? Jawapan ini ada dalam diri anda sendiri. Adakah anda faham mengenai ideologi2 ini? Kerana kita seharusnya mempunyai pengetahuan yang menyeluruh terhadap sesuatu ideology yang hendak dikritik. Hal ini penting bagi melihat kelemahan dan kekuatan sesuatu ideology. Bagi aku, cukup sekadar memahami ajaran Islam itu sendiri kerana Islam itu sendiri telah lengkap sebagai panduan hidup.

Oleh hal yang demikian, rakan-rakan yang giat dalam perjuangkan sesuatu isu wajib bawa agama itu dalam hati mereka sendiri kerana perbezaan antara pemimpin yang berjuang itu adalah pegangan agamanya pada tahap mana.  Mengapa aku nyatakan sedemikian? Bukankah setiap ideology itu mempunyai kelebihan dan kekurangan dan setiap ideology merupakan lawan kepada ideology yang lain tetapi hanya Islam sahaja yang lengkap untuk dijadikan panduan.
Janganlah disebabkan kita benci kepada seseorang maka kita membuat kesimpulan bahawa hanya kita sahaja yang betul. Bagaimana pula dengan ideology nasionalisme? Ramai yang tidak mengetahui bahawa fahaman nasionalisme itu sendiri amat berbahaya kepada Islam kerana empayar uthmaniyyah sendiri musnah akibat fahaman ini dan contoh yang paling dekat kepada rakyat Malaysia ialah pentadbiran Malaysia, bukankah fahaman nasionalisme selama ini yang mentadbir Negara?. Sekiranya kita mengimbas kembali tokoh2 dalam kemerdekaan.adakah kebanyakkan mereka berlatar belakangkan agama?.

Aku setuju dengan pendapat bahawa orang muda ini mudah emosi. Benar, tetapi bagaimana peranan golongan sudah banyak makan garam? Bukankah yang tua sepatutnya membimbing yang muda. Bukankah mereka ini pernah melalui zaman remaja? Maka adalah tidak logic sekiranya dikatakan bahawa mereka tidak dapat memahami orang muda melainkan mereka dilahirkan terus menjadi manusia dewasa. Adakah mereka suka dipaksa untuk menturuti sesuatu perkara tanpa sebarang pertanyaan?.  Setiap daripada kita pernah melalui zaman sekolah, antara cikgu disiplin dengan kaunselor, siapakah yang lebih anda hormati? Tentunya kaunselor bukan? Kecuali kaunselor itu berwatakan seperti cikgu disiplin. Bukannya niat aku hendak memperkecilkan guru disiplin kerana setiap guru mempunyai peranan masing2, tujuan sebenar aku ialah hendak membandingkan pendekatan mereka terhadap pelajar. Secara keseluruhannya pelajar yang meningkat remaja lebih tertarik dengan pendekatan kaunselor yang lebih mesra pelajar, maka bukankah golongan pelajar seharusnya diberi hak untuk meluahkan pandangan mereka dan bukannya diberikan hukuman tanpa bicara. Mengapa kita perlu takut sekiranya golongan pelajar ingin menyatakan pendapat mereka?
Tun Razak pernah berkata;                                                                             
“Jikalau kita tinjau belakang semasa kita masih menuntut, tentulah kita dapat melihat perkara itu dari sudut yang betul”
Dengan mengambil contoh revolusi cuba yang digerakkan oleh Fidel castro dan Ernesto che guevera. Golongan ini ditindas oleh kerajaan Cuba yang menyebabkan mereka bangkit dan merampas kuasa pemerintahan Cuba. bayangkan sekiranya suara mereka didengar oleh pemerintah Cuba pada masa itu. Adakah pertumpahan darah akan berlaku? Jawapan ini anda boleh fikirkan sendiri. Contoh lain boleh anda nilai seperti demonstrasi pelajar Indonesia 1998 dan demonstrasi  4 mei 1919 di medan Tiananmen yang akhirnya membawa kepada penglibatan pelajar dalam ideology komunis. Adakah kita mahu pelajar terlibat dengan ideology ini yang kita tahu amat berbahaya kepada agama Islam yang pada masa kini amat goyah kedudukannya menjadikannya sebagai pegangan hidup. Sekiranya peluang untuk meluahkan pandangan diberikan, maka tindakan agresif pelajar dapat dikawal dan sekiranya tidak juga dapat mengubah sesetengah pemimpin mahasiswa yang agak degil dan dalam kata lain agak liat dengan perjuangan mereka, adakah pengikut mereka tidak boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk? setelah mendengar pendapat para pentadbir(termasuk kerajaan dan university). Bukankah melalui perdebatan misalannya, sesuatu kebenaran akan diketahui? Bukankah demokrasi membenarkan perdebatan?

Berpandukan kajian ilmiah yang bertajuk GERAKAN MAHASISWA DIUNIVERSITI MALAYA 1970-1986 oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias. Aku telah memetik pernyataan dibawah:
Pada tahun 1964, Syed Naquib pulang ke Tanah Air dan menjadi pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu. Kepulangan Syed Naquib merancakkan lagi kegiatan PMIUM apabila beliau cuba menyerap idea ‘ faham Islam’ ke dalam pemikiran pelajar. Beliau telah berjaya menangkis hujah yang dikemukakan oleh golongan Sosialis dan Nasionalis.
Ayat diatas sudah jelas menunjukkan pendekatan yang secara ilmiah yang dimainkan oleh Syed Naquib dalam berhadapan golongan muda ketika itu. Tindakan ini mendapat reaksi positif daripada golongan mahasiswa  sehingga berjaya mengubah pendirian beberapa pemimpin mahasiswa ketika itu. Adakah beliau menggunakan hukuman pergantungan terhadap pelajar tersebut bagi menyekat perkembangan ideology tertentu?. Mengapakah langkah Syed Naquib ini tidak dicontohi oleh kebanyakan ahli akademik pada masa kini. Bukankah salah satu elemen dalam demokrasi adalah Kebebasan bersuara, maka dimanakah demokrasi itu menghilang?. Ramai yang khuatir terhadap pengaruh ideology liberal, sosialis dan pelbagai lagi akan menyesatkan golongan muda pada hari ini. Situasi ini bukan baru wujud pada hari ini, tetapi dalam latihan ilmiah ini ada menyatakan fahaman2 ini telah wujud sejak zaman dahulu lagi tetapi melalui perdebatan golongan muda ini dapat memahami keindahan Islam itu sendiri dan mengakui kelemahan ideology barat. Tetapi persoalannya disini, adakah golongan ini sedar dengan keindahan islam setelah dipaksa untuk menerimanya? Sudah tentu tidak. Bagi aku, beri peluang kepada golongan ini untuk mengutarakan pendapat masing-masing dan salah satunya dengan cara berdebat dan bukannya memberi peluang kepada golongan pelajar berpidato tetapi teks ucapan harus ditapis terlebih dahulu. Tiada guna kalau sebesar mana pun pentas ucapan diberikan, tetapi pandangan tersebut bukannya daripada pandangan pelajar itu sendiri dan ia sama sahaja kita menaip karangan format pidato untuk peperiksaan SPM.

Satu perkara lagi yang ingin aku nyatakan disini ialah pada zaman kemuncak kebangkitan mahasiswa tersebut, hanya segelintir sahaja kumpulan yang memperjuangkan Islam sebagai gaya hidup seperti ABIM tetapi bayangkan impak yang dibawa oleh organisasi ini kepada Negara dan dunia seperti peningkatan bilangan masyarakat melayu yang kembali kepada ajaran Islam itu sendiri dengan mengamalkan beberapa suruhan agama seperti bertudung. Bukti ini anda boleh bertanya kepada ibu anda yang lahir sebelum zaman kebangkitan itu. Adakah mereka memakai tudung?. Cuba bayangkan impak yang boleh diberikan oleh pertubuhan pelajar Islam yang tumbuh bak cendawan pada masa kini. Bukankah impaknya bakal lagi besar??.

Kita seringkali lupa peranan yang dimainkan oleh golongan mahasiswa seperti memainkan peranan besar dalam memperjuangkan isu bahasa Melayu.
 “kami akan mengambil tindakan yang lebih radikal selama Dasar Bahasa Melayu tidak dilaksanakan pada bulan Disember” Noordin Razak;
 janganlah disebabkan mereka dari satu aliran yang berbeza, maka kita terus menafikan secara bulat2 sumbangan yang telah diberikan oleh mereka. Maka tulisan ini bukan aku tujukan kepada mereka yang fanatic kepada mana2 pihak kerana aku yakin kalian tidak bersetuju dengan pandangan aku tetapi aku harap anda nilailah semula sejarah yang telah berlaku kerana secara umumnya sejarah itu bersifat pengulangan, maka rugi sekiranya kita mengulangi kesalahan yang sama tanpa mengambil iktibar terhadap peristiwa lampau.

*ikhlas daripada aku yang juga seorang robot yang masih mencari perbezaan antara sekolah dan university.

Sejarah bukan hanya untuk ditelan tetapi perlu dikunyah sehingga sebati sebelum dihadam agar khasiatnya dinikmati secara menyeluruh tanpa meninggalkan satu pon zat yang berkhasiat


No comments:

Post a Comment