Monday, 16 April 2012

Keling dan Benggali

Secara umumnya panggilan Keling digunakan untuk merujuk masyarakat India keturunan Tamil daripada selatan India. Perkataan ini digunakan untuk merujuk India sebagaimana yang digunakan oleh teks-teks Melayu seperti Sejarah Melayu. istilah itu lahir melalui pemahaman masyarakat mengenai sebuah wilayah iaitu Kalinga yang difahami sebagai tanah asal orang India yang datang ke Tanah Melayu.

Perkataan Benggali pula digunakan untuk merujuk orang Punjabi Sikh. perkataan ini lahir daripada pemahaman bahawa orang sikh datang ke Tanah Melayu dari Bengal.

*rujukan Sejarah Masyarakat India Di Malaysia hasil tulisan Azharudin Mohd Dali

Wednesday, 4 April 2012

Wasiat Hassan Al-Banna



1. dirikanlah solat tatkala engkau mendengar azan, betapapun keadaan di waktu itu.

2. bacalah Al-Quran , atau telaahlah tafsirannya atau dengarkanlah orang lain membacanya, atau zikirlah kepada Allah dan janganlah engkau gunakan sebahagian waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.

3. berbicaralah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana yang demikian termasuk syiar Islam.

4. janganlah banyak berdebat dalam hal apapun, kerana pertengkaran itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

5. janganlah banyak tertawa , sebab hati yang berhubungan dengan Allah adalah tenang dan mantap. 

6. jangan suka berkelakar berolok-olok, sebab umat yang berjuang tidak mengenal kesungguhan.

7. janganlah engkau keraskan suaramu melebihi yang diperlukan oleh pendengar, kerana hal itu menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.

8. jauhilah menghina orang, mencela organisasi dan janganlah berbicara kecuali pembicaraan yang baik.

9. Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta hal itu darimu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal-mengenal.

10. kewajipan selalu lebih banyak dari yang tersedia, sebab itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. jika engkau mempunya suatu urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.

(petikan At-Tarbiyyatulislamiyah Wa Madrasatu Hassan Al-Banna